- Fizik merupakan ilmu untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim, tenaga dan fenomena alam semula jadi.
- Antara bidang fizik ialah fizik nuklear, fizik keadaan pepejal, biofizik, elekronik, astronomi, fizik plasma dan lain-lain.
- Tujuan anda mempelajari fizik ialah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-
- Mengapakah penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam sebiji gelas yang mengandungi air ?
- Mengapakah kita merasai gerun apabila menaiki sebuah kereta yang sedang bergerak laju menuruni bukit?
- Bagaimanakah pelangi terbentuk?
- Mengapakah penumpang-penumpang di dalam sebuah kereta terhumban ke hadapan apabila kereta dihentikan dengan tiba-tiba?
- Bagaimanakah logamaya terbentuk?
- Bagaimanakah sebuah kapal terbang terangkat?
- Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, kita haruslah mempelajari subjek Fizik bagi mengetahui fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling kita.
- Oleh itu, untuk mempelajari fizik kita mesti menguasai kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif), mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.
No comments:
Post a Comment