Monday, April 16, 2012

TUTORIAL 1 (Kuantiti Fizik)

1       Manakah antara yang berikut bukan kuantiti asas?
            A      Panjang                      B       Berat
            C      Arus elektrik               D       Masa

2       Manakah antara berikut adalah bukan unit asas?
          A       Celsius                        B       Ampere
          C       Kilogram                     D       Saat

3       Kuantiti terbitan dihasilkan daripada kuantiti asas  dengan  operasi
         A        Penambahan atau penolakan   
B        Penambahan atau penolakan atau kedua-duanya
C        Pendaraban atau pembahagian
D        Pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya

4       Unit asas bagi jisim adalah
          A       Miligram            B       Gram
          C       Kilogram           D       Mikrogram

5       Kuantiti asas yang tidak terdapat dalam daya  adalah 
          A       Panjang             B       Masa
          C       Suhu                  D       Jisim

6       Di antara kuantiti terbitan berikut yang manakah merupakan gabungan suatu kuantiti asas sahaja?
       A     daya                  
B       isipadu
          C       pecutan  

 
7       Yang manakah antara berikut benar mengenai suatu kuantiti fizik?
Kuantiti fizik
Jenis
Unit S.I.
A
 Momentum
terbitan
Kg m s-2
B
 Suhu
asas
o C
C
 Kerja
terbitan
kg m 2 s - 2
D
 Luas
asas
m 2


8       Tenaga kinetik diberi oleh rumus                
                                       E = ½ m v 2   
di mana  m = jisim dan v ialah halaju. Bilangan  kuantiti asas yang  terlibat  dalam rumus tenaga kinetik ialah
A            1                                                       
B            2
C            3                                                       

9       Beberapa kuantiti fizik serta unit SI yang  sepadan  telah diberi  di bawah.Pasangan yang  manakah benar?
   
          Kuantiti Fizik                         Uni S.I.
  
A       Luas                              Kaki   persegi
B       Berat                             Kilogram
C       Kuasa                           Joule per minit
D       Ketumpatan                Kilogram per meter padu
                   

10     Jika suatu kuantiti fizik diberi oleh rumus 
M = ¾ e d 2
di mana  e unitnya kilogram  manakala d    unitnya meter, maka unit bagi M ialah,

           A      kg 2 m                           B       kg - 2  m    
           C      kg m 2                          D       kg m -  2    
           E      kg 2 m 2

11      Tempoh ayunan bagi sebah neraca inersia diberi oleh hubungan  
                     T 2 =  k m  
di mana 
    T = tempoh dan unitnya  s ,   m =  jisim dan unitnya kg  
    dan k =pemalar                
          maka unit bagi k ialah,
          A       kg s2                              B       kg- 1  s 2
          C       kg s                                D       kg- 2 s-1
         E           kg2 s1

12     Pasangan kuantiti terbitan ialah
          A       daya dan arus
          B       tekanan dan  suhu
          C       kerja dan jisim
          D       berat dan beza keupayaan

13     Antara kuantiti-kuantiti berikut  yang manakah  ialah kuantiti asas?
          A       Halaju kayuhan seorang pelumba basikal adalah 70 km j-1
B       Perimeter sebuah padang bola adalah  yang dicatat oleh seorang pelari 380 m
C       Berat angkasawan di bulan adalah 10 N
D       Kuasa sebuah mentol elektrik  ialh 60W

14     Kuantiti-kuantiti asas yang tidak terdapat dalam  pecutan adalah
          A       Panjang             
B       Jisim
C       Masa                  

15     Di antara alat-alat yang diperlukan untuk menentukan ketumpatan sekeping batu batu  kecuali
A       Jam randek
B       Pembaris meter        
C       Neraca Kimia

16     Di antara  kuantiti terbitan dan unit S.I yang manakah berikut adalah benar?
       A     Kuantiti cas unitnya A s      
B       Halaju unitnya km j - 1
          C       Pecutan unitnya cms- 2      
D       Isipadu unitnya cm 3

17     Di antara kuantiti-kuantiti terbitan berikut yang manakah  hanya mempunyai kuantiti asas panjang dan masa sahaja. 
           A      Halaju                          B       Momentum
           B      Daya                            D       Tekanan

Sunday, April 15, 2012

Kuantiti Fizik

Pengertian Kuantiti Fizik
  • Kuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur.
  • Contohnya ialah suhu, tekanan, halaju dan sebagainya.
  • Kuantiti fizik terbahagi dua jenis iaitu kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan.

Kuantiti Fizik Asas
  • Kuantiti fizik asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan (diterbitkan) dalam sebutan kuantiti -kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan dua  kuantiti fizik yang lain.
  • Terdapat lima kuantiti fizik asas seperti disenaraikan dalam jadual berikut:-
Kuantiti
asas
Simbol
Unit
asas
Simbol
Unit
Contoh
Alat

Panjang

Jisim


Masa


Suhu
Arus
Elektrik




Kuantiti Fizik Terbitan
  •  Kuantiti  Fizik terbitan ialah kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.
  •  Di antara contoh-contoh kuantiti fizik terbitan adalah seperti berikut:-
Kuantiti
Terbitan
Simbol
Dalam sebutan
Kuantiti
Asas
Unit
terbitan
Simbol
Unit
Terbitan
Luas


Halaju

Ketumpatan


Friday, April 13, 2012

Memahami Fizik

  •  Fizik merupakan ilmu untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim, tenaga dan fenomena alam semula jadi.
  • Antara bidang fizik ialah fizik nuklear, fizik keadaan pepejal, biofizik, elekronik, astronomi, fizik plasma dan lain-lain.
  • Tujuan anda mempelajari fizik ialah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-
- Mengapakah penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam  sebiji gelas yang mengandungi air ?

- Mengapakah kita merasai gerun apabila menaiki sebuah kereta yang sedang bergerak laju menuruni bukit?

- Bagaimanakah pelangi terbentuk?

- Mengapakah penumpang-penumpang di dalam sebuah kereta terhumban ke hadapan apabila kereta dihentikan dengan tiba-tiba?

- Bagaimanakah logamaya terbentuk?

- Bagaimanakah sebuah kapal terbang terangkat?
  • Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, kita haruslah mempelajari subjek Fizik bagi mengetahui fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling kita.
  • Oleh itu, untuk mempelajari fizik kita mesti  menguasai kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif), mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.

Monday, April 9, 2012

Sukatan Pelajaran FIZIK Tingkatan 4

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA FIZIK 
  • Memahami Fizik
  • Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan
  • Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor
  • Pengukuran
  • Kaedah Penyiasatan Saintifik
BAB 2 : DAYA DAN GERAKAN
  • Gerakan Linear
  • Graf Gerakan
  • Inersia
  • Momentum dan Prinsip Keabadian Momentum
  • Kesan Daya
  • Impuls dan Daya Impuls
  • Menyedari Keperluan Ciri-ciri Keselamatan Rekabentuk sebuah Kereta
  • Graviti
  • Daya-daya Seimbang
  • Kerja, Tenaga, Kuasa dan Kecekapan
  • Menghargai Kepentingan Memaksimumkan Kecekapan Peralatan
  • Kekenyalan
BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN 
  • Tekanan
  • Tekanan dalam Cecair
  • Tekanan Gas dan Tekanan Atmosfera
  • Prinsip Pascal
  • Prinsip Archimedes
  • Prinsip Bernoulli
BAB 4 : HABA

  • Keseimbangan Terma
  • Muatan haba tentu
  • Muatan Haba Pendam Tentu
  • Hukum-hukum Gas
BAB 5 : CAHAYA
  • Pantulan Cahaya
  • Pembiasan Cahaya
  • Pantulan dalam Penuh
  • Kanta Nipis

Friday, April 6, 2012

Apa itu Fizik...?



Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria yang diciptakan Allah kepada manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dapat dilaksanakan.

Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermaksud alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena-fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.